8 minit dari Barakah GuestHouse

Pantai Irama terletak di dalam Daerah
Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan
juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
Terdapat
pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai
jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik,
dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Pantai
ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan
hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan
Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara
keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.
Lokasi
Terletak
di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui
jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa
kira-kira 30 minit.
